Mereka yang digelar sahabat.


Tak terkata sedihnya bila ingatkan kembali kenangan bersama.
dengan yang rapat, yang takpernah bertegur. 
Semuanya, Hanya Allah SWT yang tahu apa perasaan hati ni
Bila teringat balik, Putusnya dan datangnya seorang kawan,
Gugurnya air mata bersama,
Senyuman yang terukir bersama,
Bercerita pengalaman pahit manis bersama.
Beribu pengorbanan yang dilakukan demi ikatan persahabtan.
Itulah kami....
6 December, Hari terakhir untuk kami berempat sekawan rapat menjejakkan kaki ke sekolah.
Hari itu juga akan jadi hari yang bermakna buat kami berempat, InsyaAllah :')
Dua tahun, Bersama. Dari perkenalan yang buruk belaka. 
Di kekalkan menjadi sebuah persahabatan yang berat ditinggalkan.











Laut Biru Luas terbentang, 
Ombak Tak Puas dari Lautan,
 Pulau Dan Darat Ditemu Jambatan,
 Terang Mentari Hari Pun Hangat,

 Kau aku Mata Tak Bertentang,
 Salam Ku Utus tanda ingatan,
 Rindu Terikat Dalam Ingatan Kerana Budi hati Teringat.

 Pucuk Pauh Delima Batu,
 anak Semilang Di tapak tangan,
 Biar jauh beribu batu,
Dimata Hilang Di hati Jangan.

Harapan diri agar persahabatan kita kekal hingga ke meninggalkan dunia ini.
Sekian, Terima kasih.